Pages

Monday 2 December 2013

Cantik kerana Allah


image from google
 
 
Peringatan buat sy dan sahabat2 semua :)
 
 
Dulu saya:
 
- "malu la pakai baju besar2, longgar2, blous or kemeja labuh2"
 
- "tak sesuai la pakai seluar straight cut, skinny and bootcut baru la cantik"
 
- "pakai tudung tak ikut garis panduan yg betul"
 
tak hot la kalau tak ikut trend sekarang.. kolot la...
 
 
Subhanallah, Maha Suci Allah
 
Betapa jahilnya diri sy, nak hot di dunia tapi tak fikir tentang dosa dan betapa "HOT" neraka tu.
 
Betapa kolotnya sy ketika itu.
 
Alhamdulillah, Allah masih sayangkan sy. Allah tunjuk pada sy, betapa buruknya cara sy berpakain , tak ikut syariat Islam. Betapa buruknya, cara sy berfikir. Dekatnya neraka dengan sy , jauhnya Syurga dari sy.
 
Indahnya berpakaian mengikut syariat Islam. Betapa ruginya kita andai kita terus lalai.....
 
 
image from google
 
P/S: Cantikkan mawar putih ni. Untuk kamu sahabat2 ku....:)

- Muslimah semua, jom tutup aurat dengan betul.

- Semoga kita terus istiqamah untuk mendapat keredhaan dari Allah.

- Jangan malu, jangan segan. Jom berubah menjadi Muslimah sejati.
 



Thursday 28 November 2013

Pizza Hut hot box

 
 
 
Sebabkan delivery dia lambat lebih dari 1 jam sy jadi marah. Subhanallah, sbb makanan pun sy jd x sabar. Sy keep salahkan pihak pizza sbb lmbt. Padahal jelas sy tahu marah itu sifat syaitan. Allah bagi ujian pd sy tp sy x sabar..Malu nya..
 
Tadi rider yang hantar pizza tu minta maaf kat sy. Sy maafkn n sy pun minta maaf pada dia sbb sy marah2. Bila tengok muka rider tu lagi la sy rasa bersalah. Macam2 yang sy fikirkan:
 
"Dia bawa motor laju2 sbb nak hantar makanan pada kita, macam mana kalau terjadi apa2 pada dia..."
 
"Banyak lagi tempat yg dia nak deliver pizza, mesti ramai da marah2 pada dia..kesiannya.."
 
"If rider tu adik beradik sy sendiri, x sampai hati tengok org marah2 sbb makanan"
 
 
Hari ni hari JUMAAT. Sy order jam 12.05 n sy dapat pizza jam 1.22.. Rider tu lelaki melayu semestinya beragama ISLAM.. waktu ZOHOR jam 1.04 minit and rider tu ada satu tempat lagi dia nak deliver pizza. Sedih nya sy rasa, dan sy rasa bersalah sangat2 pada dia..
 
 Macam mana dengan SOLAT JUMAAT dia???? Benda ni bermain2 dalam otak saya.. Sy fikir sy call pizza dalam jam 12.00  and sy akan dapat before solat Jumaat... TAPI sy silap... sy x terfikir pun if pizza sampai lewat.. sy hanya mampu merancang, tapi Allah sebaik2 perancang. Bila jadi macam ni, sy rasa bersalah pada rider tu. Semestinya dia nak tunaikan kewajipan dia pada Allah... Allah Maha Mengetahui segala galanya...
 
Pengajaran untuk sy:
 
1) Fasabrun Jamilah Jiddan. Bersabarlah..jangan marah2..
2) Jangan fikir nafsu makan je, sampai x terfikir perkara2 tersirat yang lain
3) Fikir tentang orang lain juga. Contoh macam situasi diatas, sepatutnya sy fikir tentang rider tu dan pekerja2 pizza yg lain juga.
 
Rasulullah SAW suka sekiranya ummatnya dapat menahan rasa marah.
 
 
DOA HILANGKAN MARAH/BARAN
 
"Ya Allah, ampunkahlah dosa ku, hilangkanlah rasa marah dalam hatiku dan peliharalah aku dari godaan syaitan"
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday 21 November 2013

Hati x tenang, resah, gelisah...

Assalamualaikum..

 

"Dengan mengingati Allah maka hati-hati akan menjadi tenang".
(Ar-Ra'd:13)
Korang pernah rasa perasaan resah? gelisah? hati x tenang? pikiran berkecamuk?
Sy selalu ada perasaan cm ni. Bila hati x tenang, resah je rasanya. Macam2 yg
dipikirkan. Ape yg korang buat bila situasi ni berlaku?
 
Kadang2 hati kita x tenang tanpa sbb pun. Kita x da masalah pun. Tp hati kita
x tenang. Pikiran kita kacau jiwakacau.
 
Pernah terpk x apa punca hati kita x tenang. X tenang tanpa sbb. Salah satu sbbnya
kita lupa pada Pencipta kita, Allah. Kita sibuk dengan hal dunia tp kita lupa pada
Pencipta kita. Kita banyak masa untuk hal2 dunia tp kita lupa ttg kehidupan akhirat.
 
Bagi sy kekacauan hati yg berlaku ini satu "penyakit". Tp "penyakit" ini ada 
penawarnya. Penawarnya x susah pun nak cari. Semuanya terpulang pada kita.
 
Antara penawar untuk "penyakit" ini:
- Solat (Jaga solat)
- Puasa (Puasa sunat kan banyak)
- Zikir
- Membaca Al-Quran
- Berdoa pada Allah : Allah suka kita mengadu pada NYA. Allah sayangkan kita.
 
Senang kan nak ubati "penyakit" ni. Subhanallah, Maha Suci Allah. Allah
suka bila hambaNYA sentiasa mengingatiNYA.
 
Jgn kita malas, ayuh semua, kamu-kamu dan sy sama-sama ubati "penyakit" ini.
Dekat dengan Allah, hati jadi tenang, dapat pahala.. Indah kan.. :)


"Jaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia"
 
                                                                                                                            Nur
 

Wednesday 13 November 2013

Hijrah

Alhamdulillah, sekarang ramai yg berhijrah ke arah yg lebih baik. Contohnya, dari x pakai tudung sekarang pakai tudung. Dulu solat 5 waktu selalu tinggal, sekarang x pernah tinggal. Sy happy sangat dengan keadaan sekarang.
 
Sy tahu bukan senang untuk berhijrah, tapi kita sendiri kena sedar ajal kita entah bila. Sampai bila kita nak terus ingkar pada suruhan Allah. Sampai bila kita nak menzalimi diri sendiri. Sedihnya bila ajal dah sampai, kita tinggalkan dunia tanpa keredhaan Allah. Betapa ruginya kita.
 
Istiqamah untuk terus berhijrah menjadi hamba Allah yg Beriman dan Bertakwa. Alangkah indahnya hidup ini jika Allah redha dengan kita. Maha Suci Allah... Banyak dugaan dan ujian yang datang kepada kita. Syaitan sentiasa berbisik kepada kita agar berbuat jahat supaya kita semakin jauh dengan Allah. Tapi ingatlah, kita ada Allah. Mohonlah perlindungan dari Allah agar dijauhi dari bisikan2 syaitan. Mohonlah agar kita dapat tempuh segala dugaan dan ujian yg Allah berikan.
 
Sy sendiri sedang mencari keredhaan Allah. Jahilnya sy dulu hanya Allah yg tahu. Sedih sangat bila mengenangkan perkara2 yg sia2 sy buat dulu. Malunya sy bila sy kenangkan kembali apa yg sy buat. Semoga diri ini terus istiqamah dalam mencari keredhaan Allah dan menjadi hambaNYA yg beriman.
Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah...
 
 
 
 

Thursday 26 September 2013

My Along

Sy ada 4 org abg. Tp kami x rapat mungkin sbb sy jarak usia antara kami jauh2. Dengan abg sulung (along) sy sngt takut. Dia garang n suka membebel. Apa je perkara yg dia x suka dia akan terus ckp. Ada masanya sentap juga sy. Bila sy sentap lama la kita org x message or call. Dia duk di tempat lain n sy di tempat lain.

Even dia garang tp dia selalu amik tahu tentang sy. Bila sy hbh je belaja dia sibuk tolong carikan sy kerja. Dia tye kawan2 dia. Sekarang sy da bekerja but dia still cri kerja lg untuk sy. Dia mahu sy dpt yg terbaik. Even kami jarang jumpa n jarang bercakap tp sy tahu dia amik berat ttg sy n syg sy. Dgn siapa sy berkawan pun dia nk tahu. Mula2 sy rasa agak pelik juga. Yela kami kn x rapat jd cm kekok gak bila dia amik tahu ttg kita.

Tp sy happy la sbb sy ada abg mcm dia. Sy x reti nak pggl dia "abg"..Hahaha.. Ble bercakap mesti bahasa kn diri "sy" "awk". Dengan abg sy yg ke2,ke3,ke4 boleh plak pggl "abg". Dgn sisulung ni x reti la sy. Mcm shy2 cat je.. hihihihi.. BTW even sy x pggl kamu "along" "abg" n just bahasakan diri "sy" "awk" tp sy nak awk tahu yg sy hormat n syg kat awk. Love u big brother!


Wednesday 25 September 2013

Montly planning


Terasa dihati ingin menulis...tp sy sendiri x tahu nak tulis ape.. hal sendiri pun boleh kan.. pedulikan apa org kata asalkan apa yg ditulis bkn kata2 yg tidak baik dan mengaibkan.

Sy kan baru je bekerja. x sampai 5 bln pun lg. Skrg ni dah start buat monthly planning. Sy mmg x reti nak uruskan kewangan sendiri dgn baik. So, selalu la google pasal perancangan kewangan. Cam ne nak wat bajet bukan bajet negara. Time blaja dulu sy x pk semua ni. Tp bila da kerja baru terpk tentang semua ni. Menyesal sungguh sbb dulu x menyimpan duit pun. Tahu berbelanja je. If sy teruskan gaya hidup seperti itu boleh tanggung loss every month. Expenses more than income. Choiiiii sngt mcm tu.

Sy x da pasang niat nk beli kereta pun lg. Lg pun kerja kat KL ni lg senang guna public transport. Sy guna bus n LRT. Jimat kos n x plu pk tentang jam. So sy x stress n dpt save money gak. Sy ada terpk gak if sy ni tinggal kat area yg x da public transport cam mane... jawapan nye sy kena guna motor la...compare to kereta sy lg senang guna motor.. so di situ pun sy da jimat banyak.

Sy try had kan perbelanjaan sy. Salah satu sbbnya sy ada something yg sy nak achieve in short term. For the long term pun ada kan. Its hard to achieve long term target if the short term pun x tercapai lg. Dlm hal ni sy kena berdisplin. Yup, mmg perlu pun. X boleh ambil remeh tentang hal ini.

Doakan sy dpt uruskan kewangan sy dengan baik.. <3

Friday 13 September 2013

Senyum

     Dulu2 kan, saya suka buat muka konon2 kool la sngt n selalu susah senyum. Padahal senyum tu senang jer.Tp payah nak buat. Siap dapat pahala lg. Tetap susah nak buat. Dah senang muka nk berkedut sbb payah sngt nak senyum. Sekarang x da. Saya suka senyum. Bila senyum rasa damai
je kat hati. Muka x terasa terlalu tegang.
 

Lagipun kan senyum tu kan sedekah. Orang yg tengah bermasalah pun boleh jadi tenang bila
tengok kita (x kira siapa2 la) senyum pd dia. So, taw la kan senyum tu dapat hilangkan STRESS...
Macam2 kebaikan senyum ni okey.
 

1) Senyum itu sunnah..sedekahkan senyuman dengan ikhlas..ganjaranNYA pasti ada :)
 

2) Senyum itu mendamaikan..buat jiwakacau jadi tenteram :)
 

3) Senyum itu mengeratkan sillaturahim.. "if ada naik bas balik kg, ce senyum kat org sebelah kita.
x lame lepas tu mesti berborak dengan girangnye..nampak x kesan senyum di situ? nampak kan
kan kan" :)
 

4) Senyum itu menyihatkan.. buat kita rasa positif..
 
 


~ Senyuman dapat memikat hati seseorang ~