Sebabkan delivery dia lambat lebih dari 1 jam sy jadi marah. Subhanallah, sbb makanan pun sy jd x sabar. Sy keep salahkan pihak pizza sbb lmbt. Padahal jelas sy tahu marah itu sifat syaitan. Allah bagi ujian pd sy tp sy x sabar..Malu nya..
Tadi rider yang hantar pizza tu minta maaf kat sy. Sy maafkn n sy pun minta maaf pada dia sbb sy marah2. Bila tengok muka rider tu lagi la sy rasa bersalah. Macam2 yang sy fikirkan:
"Dia bawa motor laju2 sbb nak hantar makanan pada kita, macam mana kalau terjadi apa2 pada dia..."
"Banyak lagi tempat yg dia nak deliver pizza, mesti ramai da marah2 pada dia..kesiannya.."
"If rider tu adik beradik sy sendiri, x sampai hati tengok org marah2 sbb makanan"
Hari ni hari JUMAAT. Sy order jam 12.05 n sy dapat pizza jam 1.22.. Rider tu lelaki melayu semestinya beragama ISLAM.. waktu ZOHOR jam 1.04 minit and rider tu ada satu tempat lagi dia nak deliver pizza. Sedih nya sy rasa, dan sy rasa bersalah sangat2 pada dia..
Macam mana dengan SOLAT JUMAAT dia???? Benda ni bermain2 dalam otak saya.. Sy fikir sy call pizza dalam jam 12.00 and sy akan dapat before solat Jumaat... TAPI sy silap... sy x terfikir pun if pizza sampai lewat.. sy hanya mampu merancang, tapi Allah sebaik2 perancang. Bila jadi macam ni, sy rasa bersalah pada rider tu. Semestinya dia nak tunaikan kewajipan dia pada Allah... Allah Maha Mengetahui segala galanya...
Pengajaran untuk sy:
1) Fasabrun Jamilah Jiddan. Bersabarlah..jangan marah2..
2) Jangan fikir nafsu makan je, sampai x terfikir perkara2 tersirat yang lain
3) Fikir tentang orang lain juga. Contoh macam situasi diatas, sepatutnya sy fikir tentang rider tu dan pekerja2 pizza yg lain juga.
Rasulullah SAW suka sekiranya ummatnya dapat menahan rasa marah.
DOA HILANGKAN MARAH/BARAN
"Ya Allah, ampunkahlah dosa ku, hilangkanlah rasa marah dalam hatiku dan peliharalah aku dari godaan syaitan"

betul betul fasabrun jamil :D pizza ni kalau dah ramai order , sumpah lambat .
ReplyDeletetu la...tu yg hilang sabar..hehehe.. tp rasa bersalah la sbb marah2 :(
ReplyDelete